Sejarah




 


Sekolah Kebangsaan Tok Jembal
dibina pada 2 Februari 1953.
Tertubuhnya sekolah ini hasil
usaha ketua kampung,
Encik Salleh bin Muda 
yang menyedarkan penduduk
kampung Tok Jembal
sedar betapa pentingnya
pendidikan terhadap
anak-anak mereka. 
Mulai hari tersebut,
pembinaan sekolah didirikan
dengan 
keluasan 10m X 30m
(30’ X 100’ persegi). 
Pembinaan sekolah ini
berstrukturkan 
kayu dan berbumbungkan atap.
Memperoleh sumber air daripada
telaga yang berhampiran 
dengan sekolah tersebut.
Kemudahan bilik darjah
yang disediakan oleh penduduk
kampung kebanyakkannya dibekalkan
oleh Pejabat Pendidikan Negeri
di Kuala Terengganu.
Dibuka secara rasmi oleh
Guru Besar pertama
En. Kadir bin Hashim.
Turut hadir dalam majlis 
tersebut ialah Guru Kumpulan
II Kuala Terengganu.
En. Wan Abu Bakar bin Chik,
Penolong Inspektor
Sekolah Melayu, Penolong
Pegawai Daerah Kuala
Terengganu,Ketua Balai
Polis Kuala Terengganu,
Ketua Kampung dan juga
penduduk Kampung
Tok Jembal.Pada hari pertama
persekolahan,
murid yang berdaftar seramai
74 orang iaitu terdiri daripada
43 orang lelaki dan 31 orang
perempuan. Guru-guru yang
ada bertugas ialah En. Musa
bin Abdullah berumur 17
tahun dan En. Mahin bin Abdullah
berumur 15 tahun.
Kedua-dua guru tersebut
berkelayakan menjadi guru
selepas menamatkan
peperiksaan darjah lima
daripada Sekolah Melayu
Kerajaan pada waktu itu.